"A Step Towards Developing Entrepreneurship"

Keusahawanan merupakan suatu aset penting dalam pembangunan ekonomi Negara kini. Bidang keusahawanan merupakan kerjaya pilihan masa kini dan merupakan antara peluang kerjaya yang sangat luas untuk diterokai sepenuhnya oleh sesiapa sahaja. Melalui keushawanan, pelbagai peluang dapat dibolosi seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran yang menjadi dilema para graduan pada masa kini. Jesteru itu,dapat dilihat semakin ramai mahasiswa yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Di samping itu, keusahawanan ini juga bukan sahaja membangunkan ekonomi Negara malah ia juga mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam pada masa kini. Bagi merealisaikan harapan kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, suatu inisiatif perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Secara tidak langsung, bidang keusahawanan dapat diluaskan lagi dengan kehadiran produk baru yang jauh lebih berkualiti.

Oleh yang demikian, satu konvensyen yang akan diadakan pada 5 hingga 8 Februari 2009 bertempat di Dewan Pusat USIM dan diberi nama Konvensyen Keusahawanan Islam 2009. Tema konvensyen pada kali ini ialah tema “ A step towards Developing Entrepreneurship” konvensyen diharapkan dapat dijadikan sebagai satu landasan bagi mewujudkan keusahawanan yang berlandaskan syariah Islam.


Pelbagai mini ekspo juga diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Ekspo ini diharapkan dapat menjadi teras dalam lahirnya usahwanan-usahawan yang berlandaskan Syariat Islam. Dengan ini, diharap agar ekspo ini mampu dijadikan sebagai satu wadah bagi mengetengahkan bidang keusahawanan dengan lebih meluas lagi di serata dunia.

No comments:

Post a Comment